NADI eSukan LMS - Strategi Media Sosial Dan Imej Diri
8 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 November 2025, telah berlangsung NADI eSukan LMS - Strategi Media Sosial Dan Imej Diri. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta menonton video Strategi Media Sosial Dan Imej Diri. Peserta menonton objektif pembelajaran dan memahami panduan bio professional atlet eSukan seperti nama & pasukan, peranan & pencapaian, nilai & personaliti, hubungan media sosial dan elak berkata kasar. Akhir sekali, peserta mengetahui cara untuk menonjol secara professinal iaitu gunakan gambar profil yang jelas dan kemas, kekalkan gaya visual yang konsisten di semua platform, gunakan highlight dan hashtag untuk tunjuk pencapaian dan elakkan gambar atau simbol yang tidak sesuai.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: